7 anak selebriti kini, transform jadi jelita, bijak & bergaya…

Loading...

Sepuluh tahun dulu ketika masih berada dalam penulisan majalah, admin memang sering ditugaskan untuk membuat sesi fotografi dengan selebriti ini bagi penghias kulit depan.

Ketika itu anak kebanyakan selebriti ini masih kecildan hingusan lagi. Masih malu-malu setiap kali bidikan kamera jurugambar merakamkan aksi bersama ibu mereka.

Tetapi kini, anak kecil ini masing-masing sudah besar panjang dan semakin bijak bergaya. Sejuk hati admin melihat santun dan comelnya mereka menjalani kehidupan sebagai seorang remaja.

 

Malah ada antaranya yang sudah telah berjaya membanggakan keluarga dan mendapat segulung ijazah. Betapa pantasnya masa berlalu dan tiada lagi kanak-kanak kecil yang malu-malu kucing.

Kini, semuanya sudah membesar dan riang menjalani kehidupan sebagai seorang remaja. Dengan kecanggihan dunia teknologi, segala perkembangan mereka boleh kita lihat di alam siber.

Jika dilihat dalam mana-mana gambar yang dimuat turut di laman sosial masing-masing, hubungan terjalin juga seperti kakak dan adik.

 

Masing-masing bijak bergaya dan sesekali usik mengusik dengan caption gambar diberi.

 

1. Ziela Jalil
Mempunyai dua orang anak bersama arwah suaminya, Tan Sri Megat Junid. Anak sulung beliau, Puteri Julia Nabilah baru sahaja menamatkan pengajian dan bergelar doktor. Kalau dulu Julia agak malu untuk fotografi, tetapi kini kelibat Julia da Ziela Jalil ibarat adik dan kakak.

2. Abby Abadi
Masih admin ingat beberapa tahun dulu ketika menggandingkan Abby bersama 3 orang anaknya dalam satu sesi fotografi. Masing-masing agak payah untuk beraksi dan membuat ragam sendiri. Tetapi kini Abby dan NJoman pastnya berbangga dan bertuah memiliki anak-anaknya yang mendapat didikan agama yang cukup. Anak dara Abby kini, menjadi siulan netizen yang suka melihat penampilan Msulimah, Marrisa Dania Hakim yang terserlah kejelitaannya walaupun baru berusia 12 tahun.

3. Lisdawati
Hubungan ‘ibu segera’ kepada anak-anak Fauzi Nawawi dengan bekas isterinya ini juga cukup rapat. Baru-baru ini, anak ketiganya, Nurul Hanna Farishamendapat keputusan ccemerlang dalam peperiksaan SPM (2016), iaitu 10A.  Rata-rata netizen turut memuji dan mengucapkan tahniah atas pencapaian anak gadis Fauzi ini.

4.Rosyam Noor
Walaupun ketika dulu tidak berpeluang untuk mengadakan sesi fotografi bersama Rosyam sekeluarga, tetapi kini beliau semakin terbuka. Anak-anak dara Rosyam mewarisi kecantikan ibu dan ayah mereka. Salah seorang, Nur Anis turut yang terbabit dalam dunia perniagaan seperti juga ayahnya tetapi dalam bidang berbeza. Setiap kali melihat di laman IG ibarat seperti pasangan kekasih kerana Rosyam masih segak di kelilingi anak-anak daranya yang cantik dan manis.

5. Noniswara
Siapa tidak kenal pelakon bermata cantik ini. Lakonannya cukup cemerlang setiap kali diberi watak yang bersesuaian dengan dirinya. Noniswara yang sudah berusia ini mempunyai anak dara yang juga cantik dan cukup manis sekali. Malah baru-baru ini juga anak keduanya ini,Nur Erysha Emyra Zakaria nya juga mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. Memang sejuk perut ibu mengandung. Kedua—duanya juga dilihat begitu bijak bergaya walau di mana berada.

6. Mas Anizan
Rupanya pelakon popular sekitar tahun 90-an yang cantik dan jelita, Mas Anizan juga sudah mempunyai anak dara yang besar panjang, Mas Aliza hasil perkahwinan terdahulu. Admin pernah melakukan sesi fotografi bersama mereka sekeluarga dan ketika kecil anak perempuannya itu badan sedikit berisi tetapi kini sudah membesar menjadi anak dara yang cantik dan bertubuh langsing. Dia mewarisi kecantikan ibunya, Mas Anizan.

7. Amy Mastura
Penyanyi kecil molek ini juga jangan tak percaya mempunyai dua anak perempuan yang juga sedang meningkat dewasa. Kedua-duanya mewarisi kecantikan Amy Mastura dan sekali pandang jika memuat turun gambar di laman IG tidak dapat meneka apakah mereka ini ibu dan anak atau kakak dan adik.

 

SUMBER:mediagempak

Loading...